Header Ads Widget

Girl in a jacket

Ticker

6/recent/ticker-posts

Muat Turun Manual Kecerdasan Pelbagai: Bahasa Melayu | Matematik | Sejarah

Penghasilan Manual Kecerdasan Pelbagai bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik ini adalah inisiatif Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Perak dalam meningkatkan peratus layak sijil yang merupakan salah satu Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dalam Inisiatif #54: Pelaksanaan Program Transformasi Daerah (DTP). 

Guru perlu mengenal pasti kecenderungan minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan proses yang berlangsung bermakna dan efektif. 

Setiap manual ini mengandungi pelbagai panduan dalam bentuk contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta situasi pragmatik yang boleh diadaptasi oleh guru mengikut kesesuaian sekolah masing-masing yang merangkumi sukatan pelajaran Tingkatan 5. 

Manual yang dihasilkan bersifat mudah, jelas dan ringkas serta lebih menekankan kepada pemusatan murid supaya bahan sokongan ini berkonsepkan mesra pengguna khususnya bagi Guru Tingkatan 5 untuk digunakan sewaktu pengajaran dan pembelajaran.

MUAT TURUN;

Catat Ulasan

0 Ulasan