Header Ads Widget

Girl in a jacket

Ticker

6/recent/ticker-posts

Dari Meja Pengarah : #WeDeliver45 - Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)








#wedeliver45 “Talk to people. Connect with them. Make the e-learning sound like it’s a conversation between people. Real people, not robots.” – Cammy Bean 

Cuti penggal persekolah baru bermula. Beberapa hari selepas hari raya, PdPR telah bermula semula dalam sistem pendidikan di seluruh negara. Home-based learning (HBL) melalui kaedah online, offline dan off-site learning mula boleh dilaksanakan mengikut kesesuaian guru dan murid. 

HBL umumnya bermaksud ada lessons, interaksi dan bahan yang boleh diakses dari rumah. Selain itu HBL juga perlu ada jadual waktu yang perlu dipatuhi. Bila berbincang tentang HBL, selalu dibincangkan tentang peranti, akses internet dan kesediaan guru dan murid. Seperkara lagi yang kurang diberi perhatian ialah mewujudkan persekitaran pembelajaran yang berkesan di rumah. Mungkin bukan semua anak-anak didik kita mempunyai ruang study yang khusus dan selesa namun bukan sesuatu yang mustahil mewujudkan satu sudut pembelajaran di rumah masing-masing. Mungkin ruang itu bebas dari distractions (televisyen contohnya), ada pencahayaan dan nampak seperti tempat study! 

Bagi memudahkan guru menghadapi PdPR, JPN Perak melalui Laman blog Sektor Pembelajaran, ANJUNG ILMU  dari semasa ke semasa telah menyediakan pelbagai bahan bantuan dan sokongan. Selebihnya dari kita sahaja untuk menerokai dan menggunakan apa juga kaedah pembelajaran yang sesuai. 

Antara kaedah PdPR yang popular ialah penggunaan modul, pembelajaran berasaskan projek dan kaedah lain seperti flipped classroom, berasaskan inkuiri, masteri, kontekstual dan berasaskan masalah. Bagi guru yang menggunakan pendekatan berasaskan modul, perlulah bermula dari perancangan secara berstruktur untuk memenuhi keperluan mata pelajaran, darjah/tingkatan murid, tajuk, tema, objektif dan tempoh, nota dan aktiviti, kaedah pentaksiran dan akhirnya tugasan. 

Konsepnya adalah sama dengan pembelajaran bersemuka namun bagaimana ia diterjemahkan dalam bentuk sesi online itu sangat kritikal supaya elemen fun learning itu berlaku. 

Begitu juga jika guru bercadang melaksanakan PdPR menggunakan kaedah berasaskan projek. Ada enam langkah yang perlu dibuat supaya berkesan dalam kalangan anak-anak didik. Bermula dengan pemberian tajuk projek yang boleh berasaskan satu subjek atau gabungan beberapa subjek. Elemen bimbingan sangat kritikal bagi memudahkan mereka mengenalpasti pasti kaedah, bahan, peralatan dan kos jika ada. Bagi menanamkan elemen nilai dan disiplin, tempoh masa penyediaan projek juga perlu jelas dan bersesuaian dengan projek yang diberikan serta bilangan ahli dalam kumpulan projek berkaitan. Murid perlu dibimbing tentang kaedah penyelesaian masalah dalam sesuatu projek dan seterusnya mampu membentangkan hasil projek dengan yakin dan jelas. Akhirnya elemen refleksi keseluruhan proses melaksanakan projek tersebut. Ia ibarat audit trail atau jurnal rujukan yang telah mereka buat bersama-sama. 

Antara modul PdPR yang telah disediakan oleh JPN Perak bagi menyokong kerja buat guru, adalah mengikut subjek seperti Sains (Tahun 5-6 dan Ting. 1 – 4), Matematik (Tahun 5-6 dan Ting. 1 – 4), Fizik/ Kimia/ Biologi / Matematik Ting. 4, Sains Komputer Ting. 4, RBT Ting. 1-2, PJPK Ting. 1, Bahasa Melayu Tahun 5, Bahasa Inggeris Tahun 3, Bahasa Arab Tahun 4, Bahasa Cina SJKC Tahun 5, Sejarah Tahun 6, Ting. 1 – 4, Pendidikan Moral Tahun 5 dan Pra sekolah mengikut tunjang. 

Di samping itu, video amali sains untuk mata pelajaran teras dan elektif sains bagi memudahkan murid melaksanakan amali di rumah dengan menerapkan kemahiran proses sains boleh diakses di dalam youtube. 

Dalam mana-mana program, elemen pemantauan adalah penting, begitu juga PdPR. KPM telah membangunkan Sistem PdPR bagi memudahkan guru-guru melaporkan PdPR. Pihak JPN dan PPD boleh menjalankan pemantauan dan mendapatkan laporan dengan mudah. Oleh kerana sistem ini masih berbentuk rintis, ada beberapa masalah yang dihadapi guru semasa proses pengisian pelaporan. 

Namun secara umumnya, saya mendapati majoriti guru komited melaksanakan PdPR dan mengisi pelaporan masing-masing. Syabas, tahniah dan terima kasih saya ucapkan. Untuk negeri Perak semua 1102 sekolah telah berdaftar dalam SPdPR ini. 

Dalam tempoh dua minggu pelaksanaan PdPR baru-baru ini, sebanyak 107,307 sesi PdPR telah dilaksanakan oleh 32,430 guru dengan purata 6.08 sesi PdPR. Manakala pendekatan PdPR yang paling banyak digunakan adalah di luar talian (3,649) dalam talian (3,054) dan gabungan 1,495. Dari segi pelibatan murid juga menunjukkan luar talian agak tinggi dengan bilangan 69,287 dan dalam talian 66,393. 

Berdasarkan kepada data ini kita juga dapat mengesan guru yang tidak melaksanakan PdPR (mungkin mereka melaksanakan tetapi mengalami kesukaran untuk menghantar laporan) serta bilangan murid yang tidak dapat mengikuti kaedah pelaksanaan PdPR. 

Data ini dapat membantu JPN untuk mengenalpasti sebab kes ini berlaku serta mencari kaedah penyelesaian terbaik. Begitu juga kita boleh terus menjurus kepada data murid-murid yang tidak dapat mengikuti PdPR ini serta langkah proaktif supaya tidak berlaku defisit pembelajaran dalam kalangan mereka. 

Suka atau tidak, kita sewajarnya menyediakan pendekatan sokongan yang proaktif kerana proses pembelajaran itu berkembang (evolving) jadi seharusnya we deliver dengan sebaik mungkin kepada anak-anak didik kita. 

“The students of the future will demand the learning support that is appropriate for their situation or context. Nothing more nothing less. And they want it at the moment the need arises. Not sooner not later. Mobile devices will be a key technology for providing that learning support.” – Marcus Specht

Dr. Mohd Suhaimi bin Mohamed Ali

Pengarah Pendidikan

Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Catat Ulasan

0 Ulasan